Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 311 on Wed Oct 30, 2024 5:55 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Pdrm1




November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar


Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

3 posters

Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Sun Oct 16, 2011 2:05 am

Cukup mudah sekarang ini untuk beribadah... lebih-lebih lagi KORBAN... Klik Link di bawah. Dapat pengecualian cukai lagi, malahan boleh bayar dengan kad kredit.... Ibadah korban hanya dalam bulan Zulhijjah dan hari-hari terpilih jea... bukan selalu... agi idup, tunaikan hak untuk melabur untuk hari akhirat kita selagi mampu dan bernyawa...


KLIK SINI! IBADAH KORBAN dan PENGECUALIAN CUKAI

He!5 Reserve gak untuk raya korban nanti..... Tahun ni rasonya 1 bahagian RM380... Tak rugi melabur untuk masa hadapan... nak dapat pelepasan cukai atau sebagainya rujuk kat link atas lah... wokey...!

Sebelum CEOAGM > MYBOR > HATYAI/LANGKAWEI ---> Reserve untuk berkorban siket...

---
P/s:


Nabi s.a.w.bersabda :

“Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.

Para sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga

dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.”

(H.r. Bukhari)."


Good info bro. Bro MRY bole buka topik baru sbb takut nanti hilang pulak kemana.. Kalu tak tahun ni mukin next year bole kumpul duit buat ni.. Maklumlah msg2 bujet dah burst thn ni ko atau last minute nak join bole dpt terus link itu nanti.. Kawe moto rosak lak kn repair hampir RM400 tak tahu lagi kalu ada lain rosak sbb elegan kawe moto hangit sbb air radiator tercabut. Mertua kt kg ada gak call tanya nak msk ke tahun punya korban..

Tp apa kata kita reramai mn yg termampu kumpul contribute then buat gak tahun ni masuk a/c club then club sumbang. Bro MRY letak dlm topik agama supaya sng nak cari balik.. Kalu bole jd Pengarah Projek 1x bagus ni.. dpt pahala uruskan perkara mcm gini..


KLIK SINI! IBADAH KORBAN dan PENGECUALIAN CUKAI
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Kempen jom melaksanakan ibadah korban....

Post by mry Thu Oct 20, 2011 5:11 pm


KLIK SINI! IBADAH KORBAN dan PENGECUALIAN CUKAI

Jom kita fikir dan muhasabah sejenak.... dari mana rezeki kita datang... dan untuk apa dibelanjakan....

Jom kita fikir sejenak dan bermuhasabah... apakah cukup amalan kita untuk melepasi pemeriksaan tempat menunggu (alam barzakh) kita? Apakah bekalan yang dikumpul sudah cukup untuk menghadapi pemeriksaan balai berlepas kita (mahsyar) kita?

Apabila nyawa telah sampai di halkum, kita akan mengetahui hakikat dunia dan nilainya. Pada saat itu, kita akan mengetahui bahawa perkara paling penting yang mesti diambil berat secara serius, menjuruskan segala kehidupan adalah semata-mata kerananya dan mati pula adalah untuknya, ia adalah merupakan urusan yang terhasil dengan menyedari juga melaksanakan hikmah daripada kewujudan kita dalam kehidupan.

Demikianlah urusan yang paling besar, sesungguhnya kita telah diciptakan supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita diciptakan untuk melaksanakan kehendak-Nya melalui kewujudan di dunia ini.

Semasa nazak, kita akan bertanya kepada diri sendiri, adakah aku telah memanfaatkan daripada kehidupan yang telah berlalu? Adakah aku telah memanfaatkan hari-hari, malam-malam, dan tahun demi tahun? Adakah aku telah bersedia untuk bertemu Tuhanku atau pun aku telah berpaling, lupa, buat-buat lupa, mengikut hawa nafsu syahwat, menyimpang daripada urusan yang sangat penting yang kerananya aku dicipta?

Firman Allah SWT:

{قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}(الأنعام/162).

{لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ}(الأنعام/163).

[6.162] Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[6.163] Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Firman Allah SWT :

{وَالْعَصْرِ}(العصر/1).

{إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ}(العصر/2).

{إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ }(العصر/3).

[103.1] Demi Masa!
[103.2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[103.3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ya Allah! Selamatkan kami dari fitnah dunia dan kehidupan, Ya Allah! Selamatkanlah kami dari fitnah kematian, Ya Allah Selamatkanlah kami dari fitnah al-Massih Dajjal... Tetapkanlah iman kami, teguhkanlah ketakwaan kami... Jadikanlah kami dari kalangan yang sentiasa membesarkan mu... Amin!

Wallah hu 'alam...
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Fri Oct 21, 2011 4:57 pm

Sudahkah anda bersedia menyempurnakan ibadah korban? Allah s.w.t. tahu kemampuan kita

Hanya tinggal 14 hari lagi

NABI SULAIMAN A.S. DAN SEEKOR SEMUT:
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan satu mukjizat oleh Allah SWT. Baginda boleh bercakap-cakap dengan haiwan dan juga boleh mendengar haiwan yang sedang bercakap. Pada suatu masa bumi Palestin dilanda musim kering yang sangat panjang. Hujan sudah lama tidak turun.Tanah pula menjadi kering-kontang.
Lalu, ramailah penduduk datang berjumpa dengan baginda.Mereka meminta baginda berdoa kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan.Kebun-kebun mereka yang kekeringan memerlukan air. Jadi, baginda memerintahkan umatnya yang terdiri daripada bangsa jin dan manusia berkumpul di tanah lapang.Mereka mahu berdoa agar Allah SWT supaya menurunkan hujan dengan segera.
Apabila tiba di kawasan lapang itu, Nabi Sulaiman A.S terlihat seekor semut kecil di atas sebuah batu. Semut itu terbaring dalam suasana yang panas itu. Baginda dapat mendengar doa semut yang dalam kehausan itu. Ia berkata, “Ya Allah, tanpa air-Mu aku akan kehausan dan bumi-Mu akan kekeringan. Turunkanlah hujan Ya Allah. Kabulkan permohonan aku ini.”
Nabi Sulaiman a.s. memerintahkan umatnya pulang. Baginda berkata, “Kita harus pulang. Sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan. InsyaAllah doa seekor semut ini akan dikabul oleh Allah.”
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhna orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” Maksud surah Ghafir:80.
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Sun Oct 23, 2011 10:38 pm

Berkorban apa saja, nyawa atau harta...

Peringatan untuk diriku yang lemah dan sentiasa lupa... lupa diri, lupa tentang matlamat kejadian...

Tazkirah dipetik dari laman Harun Yahya...

SEORANG MUSLIM BERTINDAK MENURUT PRINSIP AL-QURAN DAN BUKAN PRINSIP MAJORITI

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.

Kesempurnaan akhlak yang seharusnya dipamerkan oleh individu Muslim ini banyak dilihat pada kalangan rasul yang diutus ALLAH. Para rasul tidak peduli walau sedikitpun akan sikap dan gaya hidup yang ditonjolkan oleh orang-orang yang tidak beriman dan hanya patuh pada perintah ALLAH. Lantas, mereka terdedah kepada penindasan dan seksaan oleh orang-orang musyrik, yang mensyirikkan ALLAH hanya kerana para rasul ini beriman kepada ALLAH. Mereka turut berhadapan dengan ancaman bunuh; dipenjarakan, difitnah, diseksa dan dibuang dari tanahair mereka sendiri. Mereka menghabiskan hayat dengan penderitaan dan ada yang syahid di jalan ALLAH.

Para rasul yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu yang diturunkan oleh ALLAH seringkali menerima pelbagai ancaman namun mereka tidak pernah mengundur diri apatah mengalah hanya kerana kesukaran yang terpaksa dialami.

ALLAH menunjukkan kesempurnaan moral dan akhlak Muslim sejati dan juga para rasul dalam firmanNYA:

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali-Imran: 146)


Salah satu matlamat utama bagi seorang Muslim yang sangat mencintai ALLAH, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul, ialah tidak takut akan segala cemuhan oleh mereka yang tidak beriman sebaliknya hanya takut kepada ALLAH sehingga membawa kepada keredhaan ALLAH.

Bagi masyarakat yang tidak hidup berlandaskan pandua Al-Quran, perubahan dalam masyarakat ke arah bertentangan dengan aturan ALLAH akan berlaku. Manusia bertindak mengikut kebijaksanaan dan perasaan masing-masing secara berkelompok. Keadaan ini mendominasi kehidupan mereka. Sistem kehidupan mereka yang sedia ada digantikan dengan sistem yang lebih diterima masyarakat walaupun berbaur ketidakikhlasan dan dibuat-buat yang mungkin mereka sendiri sukar menerimanya. Inilah hasilnya apabila tidak melaksanakan undang-undang ALLAH dalam kehidupan.

Oleh kerana segala amalan dan perbuatan suatu masyarakat itu mudah menarik perhatian, lantas individu yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dengan mudah menutup sebelah mata dan bertindak mengikut golongan itu tanpa mempertimbangkan apa yang bakal mereka hadapi di akhirat kelak. Maka, selanjutnya terhasillah individu yang tidak penyayang, tidak jujur, pentingkan diri dan keuntungan semata-mata juga hilang rasa belas ihsan terhadap manusia lain. Individu sombong ini penuh dengan dendam, tamak haloba dan gemar menabur fitnah juga mencetus pergaduhan. Walaupun mereka yang memilih jalan hidup sebegini mengalami kesengsaraan akibat daripada perbuatan mereka sendiri, mereka kekal dalam keadaan ini sepanjang hidup mereka oleh kerana manusia lain turut memilih cara hidup seperti mereka dan mungkin juga kerana menganggap telah ditindas, dikalahkan dan tiada tempat perlindungan. ALLAH menukilkan ini dalam firmanNYA:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap ALLAH).” (al-An’am: 116)


Kenyataan inilah yang membedakan dengan orang-orang yang beriman. Seorang Muslim tidak akan mengambil bulat-bulat pendapat majoriti dengan harapan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan dalam setiap perkara. Jika ALLAH mentakdirkan suatu keadaan, yang mana pada dasarnya keadaan itu dilihat sebagai mengelirukan juga melanggar syariat, masyarakat seluruhnya pula mengamalkannya, hanya individu yang patuh dan beriman sahaja yang tidak akan mengikut perbuatan kelompok masyarakat ini. Cuma Muslim yang benar-benar taat sahaja memilih untuk patuh pada petunjuk Al-Quran dan Sunnah dan tidak akan melanggarnya. Individu ini beramal dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah pada setiap keadaan dan waktu. Walaupun ada individu lain yang cuba mempengaruhinya ke arah yang bertentangan, namun mereka yakin bahawa ALLAH sentiasa melindungi mereka selagimana mereka benar-benar melakukan sesuatu yang disukai ALLAH dan selari dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

ALLAH berfirman: “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 139).


Jika seseorang Muslim itu tidak mengikut kepada prinsip-prinsip majoriti, tidak bermakna dia mengelakkan diri dan berpaling dari masyarakat juga melihat semuanya salah dan menyeleweng. Seorang Muslim akan sentiasa bijak menilai keadaan di sekelilingnya dengan panduan Al-Quran. Sebagai contoh, seorang individu yang mudah marah dan dalam masa yang mudah berkorban. Hanya kerana dia mudah marah, tidak bermakna kita terus menolak kualiti pada dirinya yang mudah mengorbankan diri untuk kepentingan orang lain, apatah memandangnya sebagai individu yang berperibadi buruk seluruhnya. Seorang Muslim yang benar akan sentiasa menghargai setiap aspek yang berkualiti pada seseorang itu dan dalam masa yang sama membantu individu itu berubah kepada yang lebih baik dengan penuh hikmah dan lemah-lembut.

Seorang Muslim juga sentiasa rasional dan penuh semangat. Walaupun berada dalam suasana yang sukar dan terdedah kepada pelbagai kesusahan, dia sentiasa mencari hikmah dan keindahan dalam aturan ALLAH kerana dia yakin ALLAH akan memberi keindahan pada setiap perkara. Dia sentiasa sedar dan insaf bahawa hanya ALLAH yang mengatur segala agar dia mengambil iktibar dan takut padaNYA. Setiap keindahan yang diciptakanNYA juga adalah perlu untuk dia belajar dan mengambil pengajaran. Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak seharusnya mengenepikan prinsip masyarakat secara sepenuhnya. Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan dalam setiap perkara dan belajar untuk menghargai segala keindahan pada aturanNYA.
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mat yie red Sun Oct 23, 2011 11:00 pm

ingatlah insan yg susah, melalui amalan korban kita sedikit sebanyak dapat membantu insan yg serba kekurangan.. dalam kita bergembira jgn lupa pasti ada insan yg menderita.. saya cadangkan pihak CEC thn hdapan mmbuat satu majlis korban antara CEC dan daging korban trsebut diagihkan kepada golongan asnaf dan kepada mereka yg sepatutnya.. Smile Smile
mat yie red
mat yie red

Posts : 209
Points : 227
Join date : 03/09/2011
Age : 41
Location : CEC 249 - MUSANG KING - IPOH MALI - (010-7130717)

http://hairiayu.blogspot.com

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by syamfazli Sun Oct 23, 2011 11:04 pm

cadangan yang baik... harap akan jadi agenda CEC tahun hadapan....
syamfazli
syamfazli
Northern Leader 1
Northern Leader 1

Posts : 1064
Points : 1101
Join date : 23/06/2010
Age : 47
Location : TIKAM BATU, SUNGAI PETANI, KEDAH (CEC064)

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Mon Oct 24, 2011 9:05 am

CEC brothers and Sisters,

Pada pandangan ambo... kita join mana-mana majlis korban yang dibuat di tempat-tempat (dalam Qariah) kita atau dikampung-kampung kita atau boleh membuat korban di negara-negara lain melalui NGO-NGO yang sudah menyediakan platform.

Jika melalui CEC mungkin boleh lakukan secara kolektif dan sumbangkan secara grouping contohnya... lembu korban 7 bahagian ke mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.

Dari pengalaman kawe sebagai contohnya, taman tempat kawe duduk (70 pintu) setiap tahun antara 3-6 ekor lembu. Oleh kerana terlalu banyak, sejak 3 tahun lepas kawe mula menghantar sekadar kemampuan ke Kemboja dan lain-lain melalui Global Peace, Islamic Relief, Al-Ammeen Serve dan sebagainya.

Wallah hu 'alam.
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Tue Nov 01, 2011 2:05 pm

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah sekarang ini kita sudah masuk bulan Zulhijjah semoga belum terlambat untuk sama-sama kita renungi keistimewaan bulan Zulihijjah di samping akan menyambut Aidul Adha insyaallah hujung minggu ini.

Ulamak berpesan, "Jika tidak mampu untuk menambah amal, jangan pula berbuat maksiat." Semoga bermanfaat.

Rebutlah keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Dipetik dari muzir.wordpress.com

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3. Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.

“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by mry Sat Nov 05, 2011 12:29 am

Assalamualaikum w.b.t.,

Jika diizinkan oleh Allah s.w.t. dengan rahmatnya masih memberikan kita ruang untuk terus menghirup udara esok hari yang merupakan 9 Zulhijjah hari wukuf bagi mereka yang mengerjakan Haji dan peluang untuk kita sama-sama mengejar satu lagi hari berbaki untuk direbut dalam bulan ini untuk mendapat ganjaran berganda dengan mengerjakan puasa sunat 9 zulhijjah.

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Sempena Sambutan Aidil Adha yang bakal menjelang, disusun sepuluh jari mohon kemaafan sahabat dan taulan dari semua kekhilafan diri ini. Semoga ibadah korban yang dilakukan tahun ini akan diterima oleh Allah s.w.t. dan dianugerahkan dengan keampunan dari dosa-dosa yang lalu. Amin.

Wassalamualaikum w.b.t.,

-----

Pesan orang alim, khinzir tetap haram walau disamak kemudiannya disembelih mengikut cara Islam. Begitu juga perkara yang menjurus kepada maksiat, bagaimana sekali pun disucikan akhirnya tetap tergelincir juga ke lembah yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t.
mry
mry

Posts : 169
Points : 171
Join date : 18/09/2011
Location : CEC 260 : Bangi - Kota Bharu - Bagan Serai

Back to top Go down

Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati Empty Re: Menunaikan Ibadah Korban... Ingat Sebelum Kena, Beribadah Kerana Mengingati Mati

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum