Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Amalan memurahkan rezki EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Amalan memurahkan rezki EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Amalan memurahkan rezki EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Amalan memurahkan rezki EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Amalan memurahkan rezki EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Amalan memurahkan rezki EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Amalan memurahkan rezki EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Amalan memurahkan rezki EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Amalan memurahkan rezki EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 22 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 22 Guests

None

Most users ever online was 311 on Wed Oct 30, 2024 5:55 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

Amalan memurahkan rezki Pdrm1




November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar


Amalan memurahkan rezki

3 posters

Go down

Amalan memurahkan rezki Empty Amalan memurahkan rezki

Post by Shari_Melaka Sat Aug 27, 2011 4:19 am


Amalan Memurahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Shari_Melaka
Shari_Melaka

Posts : 308
Points : 332
Join date : 07/07/2011
Age : 52
Location : CEC 230 Durian Tunggal, Melaka

Back to top Go down

Amalan memurahkan rezki Empty Re: Amalan memurahkan rezki

Post by Mr Mama Sat Aug 27, 2011 4:24 am

AMIN..YA RABAL ALAMIN.............
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Amalan memurahkan rezki Empty Re: Amalan memurahkan rezki

Post by Mr Mama Wed Oct 12, 2011 11:28 am

Mencari Keberkatan Rezeki


  • Kunci Kemurahan Rezeki

    Rasulullah
    s.a.w bersabda yang maksudnya: "Berilah (belanjalah) dan jangan kamu
    selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi
    rezekimu." Riwayat Bukhari & Muslim ...

  • Segalanya Bermula Dengan Niat..

    Assalamualaikum
    wbt. Setelah web FitrahPower menyepi buat seketika kerana pembinaan
    semula web kearah yang lebih baik, pejam celik rupanya sudah pun berlalu
    bulan syawal...bulan zulkaedah ...

  • Hakikat Penyakit Riak

    Assalamualaikum
    w.b.t Firman Allah dalam surah al-Ma'un ayat 4-6 Maksudnya: Maka
    celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan
    orang-orang yang riak. ...

  • Mutiara Hati: Adab berjiran

    SIBUK
    mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat
    bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga
    perhubungan menjadi hambar. Kegagalan memahami konsep ...

  • Jangan Memohon Kematian

    Rasulullah
    SAW bersabda: “Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan
    kematian. Jika dia adalah orang yang melakukan kebaikan, maka boleh
    kebaikan akan bertambah dan jika ...

Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Amalan memurahkan rezki Empty Re: Amalan memurahkan rezki

Post by unixcentury Wed Oct 12, 2011 1:36 pm

salam ...

keberkatan rezeki pemberian allah itu mestilah disharekan bersama yang memerlukan....kerena rezeki itu hak allah......tapi jangan pula kita lupa tiap rezeki yang diterima perlu dibayar ZAKAT... jangan kita lupa setiap gaji dan simpanan kita mestilah dibayar Zakat...kalau tidak kita akan merasainya kemudian hari nanti ( pengalaman yang berlaku pada diri saya sendiri banyak mengajar untuk menasihati teman yg lain ) sesunguhnya banyak surah dalam alquran menyatakan , setelah solat tunaikanlah zakat...........MEMBAYAR ZAKAT MEMBAWA BERKAT.....Wassallam
unixcentury
unixcentury

Posts : 135
Points : 144
Join date : 20/09/2011
Age : 56
Location : CEC 271 Bukit Mertajam

Back to top Go down

Amalan memurahkan rezki Empty Re: Amalan memurahkan rezki

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum