CEC EVENT FOR 2013
DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN
**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**.
Latest topics
SOROTAN 2012
CEOAG 2012
TT SESSION TERKINI (Semua Zon)
Setiap Sabtu - ZON TENGAH
TT CENTRAL - Bazaar Rakyat, Bandar Putra Permai (Jam - 9pm)
ZON UTARA
ZON TIMUR
MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests None
Most users ever online was 311 on Wed Oct 30, 2024 5:55 am
Search
Analogi Rumput dan Kasih Sayang
Chery Eastar Club :: CEC :: LAIN - LAIN :: Tazkirah Agama
Page 1 of 1
Analogi Rumput dan Kasih Sayang
Analogi Rumput dan Kasih Sayang
Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling lengkap tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING lengkap yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok! Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling lengkap. Memang ada banyak yang lengkap tapi cikgu kata petik yang paling lengkap maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling lengkap tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling lengkap. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling lengkap dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang lengkap dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
MORAL OF THE STORY :
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Fauzi- Posts : 23
Points : 29
Join date : 19/07/2010
Age : 48
Location : Klang/Shah Alam
Similar topics
» Memulihkan Sayang Yang Pudar
» JEJAK KASIH....
» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
» SALAM PERKENALAN
» Selamat Datang Ke Chery Eastar Club...
» JEJAK KASIH....
» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
» SALAM PERKENALAN
» Selamat Datang Ke Chery Eastar Club...
Chery Eastar Club :: CEC :: LAIN - LAIN :: Tazkirah Agama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam
» 2,4 chery
Thu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz
» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Sun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi
» masalah2 minor n major CE
Tue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak
» salam dari saya
Tue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli
» Power Window problem...
Mon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2
» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Mon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli
» Salam CEC Pantai Timur
Mon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan
» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Thu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai