Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Mejaga Hati dari Sifat Sombong EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests

None

Most users ever online was 311 on Wed Oct 30, 2024 5:55 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

Mejaga Hati dari Sifat Sombong Pdrm1




November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar


Mejaga Hati dari Sifat Sombong

2 posters

Go down

Mejaga Hati dari Sifat Sombong Empty Mejaga Hati dari Sifat Sombong

Post by Kzrul Fri Jun 25, 2010 9:58 am

Ikhwani yang dirahmati oleh ALLAH, hati adalah penghulu seluruh anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak, niat baik dan niat yang tidak baik.

Selagi hati itu belum dibersihkan ( disucikan ) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan
merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 yang berbunyi

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)سُوۡرَةُ الشّمس.

Maksudnya : ” Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat ). “

Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kita hindarkan dari hati. Diantara penyakit-penyakit hati yang berbahaya ialah sifat sombong.

Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Syaitan yang terkutuk. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 yang berbunyi

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٣٤)سُوۡرَةُ البَقَرَة.

Maksudnya : ” Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada Malaikat : Tunduklah ( beri hormat ) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan
menjadilah dia dari golongan yang kafir. “

Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana firmanNya dalam Petikan dari Surah Al-Nahl Ayat 23 yang berbunyi

لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)سُوۡرَةُ النّحل.

Maksudnya : ” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. “

Dalam Surah Luqman Ayat 18, Allah juga berfirman yang berbunyi

وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬ (١٨)سُوۡرَةُ لقمَان

Maksudnya : ” Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang rendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “

Rasulullah SAW pun bersabda : ” Tidak akan masuk Syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar
atom dari sifat sombong. “

Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda- tandanya iaitu :

1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari orang lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Ikhwani, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada ALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki, nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan ibadah yang telah kita lakukan.

Apalagi kalau yang sombong itu orang yang jahil ( bodoh ). Lebih- lebih orang yang menyombongkan diri dengan ketakwaan dan kesolehan datuk-datuknya, sedangkan dia sendiri tidak beramal, maka itu adalah kebodohan yang luar biasa.

Kawan, seluruh kebaikan berada dalam sifat rendah diri, khusyu’, dan tunduk kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya Allah akan merendahkannya. “

Suka berdiam diri dan bersembunyi, serta tidak suka kemasyhuran / ” popular “, adalah sifat orang-orang mukmin yang soleh.


------tapi jangan tak BERFORUM Udah.....hehehehe.......

Kzrul
Vice President 2
Vice President 2

Posts : 443
Points : 459
Join date : 31/08/2009
Age : 47
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

Mejaga Hati dari Sifat Sombong Empty Re: Mejaga Hati dari Sifat Sombong

Post by Mr Mama Fri Jun 25, 2010 11:20 am

BETUL TU............. BERFORUM TETAP BERFORUM YE.......... DAPAT MENGEMBANGKAN MINDA N BLE MENIMBANGKAN KEBAIKAN N KEBURUKAN ..........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum