Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
Bolehkah Isteri Menuntut Haknya EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 20 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 20 Guests

None

Most users ever online was 311 on Wed Oct 30, 2024 5:55 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Pdrm1




November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar


Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

+4
kayuaran
maniseh.madoria
Mr Mama
Kzrul
8 posters

Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Kzrul Fri Jun 25, 2010 9:51 am

Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan, terbukalah tujuh pintu Syurga dan tujuh pintu Neraka. Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, Syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, Neraka adalah lebih layak untuknya.

Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin seperti mana dalam huraian artikal-artikal yang lepas (tanggungjawab seorang suami, nafkah batin bukan sekadar seks, tanggungjawab suami dalam nafkah harta dan suami yang lalai dalam tanggungjawabnya).

Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami, maka ia tergolong sebagai wanita yang baik.

Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu), itu dikira suatu penganiayaan. Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran.

Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt, minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah, setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.

Mengenai hak kasih sayang dan hubungan seks, sekiranya isteri tidak puas, seelok-eloknya berterus-terang dengan suami, supaya dia dapat memperbaiki diri dan membuat perubahan. Berbincanglah dengan penuh hikmah dan terangkan kepada suami bahawa dengan ketidakpuasan seorang isteri itu akan menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk kepada rumahtangga.

Antaranya, apabila nafsu seks tidak terpenuh, isteri akan mudah berang, rasa benci pada suami, tidak dapat menguruskan suami dan rumahtangga, susah untuk senyum dengan suami, bermasam muka dengan suami dan lain-lain kederhakaan lagi. Dan sekiranya nafsu itu dapat dipenuhi barulah isteri berasa ringan dan tenang malah gembira untuk berkhidmat dengan suami. Ini adalah fitrah semulajadi perempuan. Dalam syariat juga menyuruh para suami mempertimbangkan akan hal ini.

Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar, kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini.

Isteri juga cubalah usahakan dengan solat hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu puan. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya puan tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang. Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw: Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk Syurga.

Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah, jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu. Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum, pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.

Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita sama ada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami.

InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia, lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di Syurga.

Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasulullah SAW: Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya).

Kzrul
Vice President 2
Vice President 2

Posts : 443
Points : 459
Join date : 31/08/2009
Age : 47
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Fri Jun 25, 2010 11:23 am

MAKA DENGAN ITU WAHAI ISTERI2........... FAHAMI LAH ........ TETAPI PARA SUAMI JANGAN LAH MENGAMBIL KESEMPATAN KEATAS ISTER2 KAMU .......
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by maniseh.madoria Fri Jun 25, 2010 6:51 pm

Alhamdulillah, kalaulah sang isteri boleh bersuara "...... tidak dinafikan dalam zaman mengejar kemajuan globalisasi ini banyak perkara-perkara telah diambil mudah terutama para sang suami.... ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan, yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga adalah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Saya ingin kongsikan 21 pesanan hati isteri yang suami tidak perasan supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya bersama:

1. Selalulah menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin/nikah bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macama maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV @ relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapar, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge, frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, bgtau isteri dulu, kalau boleh sehari dua lebih awal, jadi bolehlah dia masak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang, terpacak sedangkan kainbaju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mee segera (bkn soal malas masak tapi naka tolong jimatkan belanja keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat @ semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ye, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol jentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali @ berkali-kali tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak menolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut)

14. Jangan bersepah dan pengotor, dah buka baju, seluar, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi buanglah dlm bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpanlah balik kat tempat asal. susah sangan ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja2 rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh.! kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda yang buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali baiknya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi apa kalau pendapat isteri diambilkira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk @ berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, mintalah maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni mudah sahaja. Semoga saya dan semua para suami berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan hati isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah Smile
maniseh.madoria
maniseh.madoria
Committee

Posts : 156
Points : 147
Join date : 23/12/2009
Age : 61
Location : wangsa maju setapak

http://manisehm@yahoo.com

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Sat Jun 26, 2010 12:53 am

PEH CAYO LAH MANISEH............ MCM USTAZAH DAH NI.HAAAA..........

MMG BETUL KATA2 TU..............
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by kayuaran Sat Jun 26, 2010 3:31 pm

erkkk ader ker suami mcm yang maniseh tulis tulis tu ??

tapi kalo ader yang mcm tu . baik amik orang gaji jer huhuhu bayar kat indon tu baru 400++ sebulan huhuh
kayuaran
kayuaran

Posts : 560
Points : 557
Join date : 23/02/2010
Age : 46
Location : Kajang , selangor

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by zulkarnaen Mon Jun 28, 2010 11:16 am

sama2lah kita bekerjasama dlm menguruskan rumah tangga Very Happy
zulkarnaen
zulkarnaen

Posts : 247
Points : 252
Join date : 03/03/2010
Age : 42
Location : klang, segamat, pasir mas...

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by AmirKT Mon Jun 28, 2010 11:44 am

betul tu wahai pengantin baruuuu.....pepatah pun ada mengatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing......ibarat cubit paha kiri,peha kanan pun terasa.....ke guano

AmirKT

Posts : 251
Points : 248
Join date : 01/02/2010

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Mon Jun 28, 2010 1:34 pm

kerjasama bersatu menyelesaikan masaakah serta bantu membantu. maka aman lah rumahtangga..........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Mon Jul 26, 2010 5:46 pm

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.


Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by rosparokik Tue Jul 27, 2010 1:50 pm

Alhamdulillah....tutuplah keaiban lihatlah kebaikan.....InsyaAllah.....mendapat rahmat dariNya....ketenangan sejati datang dariNya....suami dan isteri hanyalah manusia biasa....penuh dengan kesilapan.....di mana ada kesilapan di situlah ada kebaikan....tempuhilah.....jangan menunding jari....Allah Maha Mengetahui.....kalau suami melakukan kesilapan, janganlah pula isteri turut menjadi penceritanya.....buka aib hilang rahmatNya......kalau isteri melakukan kesilapan suami juga yang menanggungnya....suami isteri adalah pelengkap...suami silap isterilah penegurnya......begitulah sebaliknya....kalau dua dua penegur bersedialah dengan ujian yang lebih besar, mungkin anak pula yang buat silap,..........kalau dua dua silap mungkin perlu ada penegur seterusnya.....awas....pilihlah penegur yang waras dan cukup ilmunya......sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman........rukun iman rukun kepercayaan. Jangan percaya kepada manusia biasa mcm kawan ni....semua untuk kepentingan diri sendiri......Ya Allah...sesungguhnya aku banyak lupa padaMU.....permudahkanlah laluan hidup yang berliku ini....Engkau Maha Mengetahui.....kebaikan hanya datang dariMU....limpahkanlah....Amin.
rosparokik
rosparokik

Posts : 290
Points : 286
Join date : 20/10/2009
Age : 54
Location : Kemaman, Terengganu

http://www.dcl.com.my/

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Fri Feb 25, 2011 9:43 am

1) Apakah hak2 seorang isteri kedua didalam Islam? Terutamanya kalau
dibandingkan dengan hak2 isteri pertama?
>
>2) Wajarkah seorang perempuan menerima pinangan seorang lelaki yg sudah
berkahwin ( dan mempunyai anak) walhal lelaki ini hanya menceritakan
statusnya (yg dia sudah berkawin) setelah hampir setahun berkenalan?
Tambahan pula lelaki ini hanya berterus-terang setelah rahsia statusnya
terbongkar setelah org lain memberitahu perempuan itu? Alasan yg diberi
kerana tidak berterus-terang ialah:
>a) tidak mahu kehilangan wanita berkenaan
>b) mahukan lebih zuriat (isterinya tidak mampu memberi zuriat lagi)
>c) menghadapi masalah ‘komunikasi’ bersama isteri.


Jawaban:


1. Dalam Syariat islam istri ke dua mempunyai hak dan keawajiban yang sama
dengan istri pertama antara lain dia berhak menerima nafkah baik batiniah
maupun materiil. Dia pun berkewajiban untuk melayani suami sebagai mana
diwajibkan oleh Islam.
Bagi suami yang beristri lebih dari satu ( poligami ) Al-Qur’an
mewajibkannya untuk berlaku adil terhadap isteri isterinya. Kewajiban
berlaku adil tersebut menurut para ulama hanya berlaku pada segala sesuatu
yang bersifat dzohiri alias materi dan yang semisalnya.
2. Dalam pandangan Syariat, boleh saja. Karena pada prinsipnya pinangan
dalam Islam adalah cara yang dipakai untuk menunjukkan keinginan seorang
pria untuk menikahi seorang wanita dengan persetujuan wanita tersebut.
Tidak ada persyaratan bahwa pria yang meminang harus jejaka karena Islam
membolehkan seorang pria menikahi lebih dari 1 wanita.
Apalagi jika pinangan itu diterima setelah pihak wanita mengetahui status
yang meninang, hal tersebut menunjukkan bahwa pihak wanita ridho dengan
keadaannya sebagai istri ke-dua sekaligus ridho dengan apa yang akan
dihadapinya setelah menikah nanti.
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Gangster Sun Feb 27, 2011 2:14 am

is 1 is 2 is 3........... bila plak is 4.. kikikikiki...
Gangster
Gangster

Posts : 1652
Points : 1675
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : KELANTAN

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Tue Mar 01, 2011 4:19 pm

Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu




Di bawah ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi
secara sorok-sorok. Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga. Aduh…
di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut.
Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Akibatnya
poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.
Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”
Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.
Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya.
Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan,
implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil. Bukan
itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah.
“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.
“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’. Sekarang
sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang. Kalau begitu, biar
saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.
“Sayang, janganlah begitu. Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.
Pelbagai alasan diberi si suami. Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.
Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi
usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status
janda di kalangan wanita.
Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja. Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.
Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.
Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi? Jika mahu
tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui
istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.
Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara
isteri-isteri. Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri
berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut. Carilah keadilan dari
Yang Maha Adil yakni Allah. Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan
hakim yang menunaikan amanah.
Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita.
Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai
kaffarah dosa. Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak
ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan
suami.

Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan.

Anas r.a. melaporkan: Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”

Abdul Rahman menjawab,”Saya telah
menikahi seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma. Maka
Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,



Moga-moga Allah memberkati kamu! Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.

Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum
Allah. Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan
ingat Nabi s.a.w. Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada
isteri dan ahli keluarga yang lain.
Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?
Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan,
tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak
ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan
dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat
tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan
politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.
Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?
Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan
takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko.
Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada. Ia
menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.
Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum
asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar
terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf
dan mencegah dari kemungkaran.
Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon
kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri. Pimpinan
berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang
mempunyai 9 emosi dan 1 rasional. Suami juga harus memohon maaf kerana
tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”.
Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik.
Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang
terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.
Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?



Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Tue Mar 01, 2011 4:23 pm



Hak-Hak Isteri Yang Harus Ditunaikan Suami

Allah SWT berfirman, ”Dan diantara,
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya
di antaramu rasa-rasa kasih dan sayang.”
(Ar-Ruum :21).



Kasih sayang yang terdapat diantara
pasangan suami-isteri hampir tidak didapati di antara dua orang yang
bersahabat. Allah SWT menyukai pasangan suami-isteri dengan rasa cinta dan
kasih sayang yang berkesinambungan, karena itu Dia telah mensyari’atkan kepada
mereka sejumlah hak dan kewajiban yang kalau dilaksanakan dengan baik akan
mampu memelihara sikap mawaddah dari kepunahan dan penelantaran. Allah SWT berfirman, ”Dan para wanita mempunyai hak
yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.”
(Al-Baqarah :
228).



Penggalan ayat diatas walaupun singkat
tetapi mengandung ma’na yang tidak mungkin dijabarkan secara terperinci dengan
tuntas melainkan memerlukan halaman yang amat tebal. Ia menjadi kaidah kuliyah
(kaidah yang bersifat umum), yang menyatakan, bahwa kaum wanita sama dengan
kaum laki-laki dalam segala hak, kecuali satu yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam
firman-Nya, ”Akan tetapi para suami, mempunyai tingkatan satu kelebihan
daripada isterinya.”
(Al-Baqarah :228).




Kita harus berusaha mengerti dengan
baik hak-hak para isteri dan kewajiban-kewajiban mereka yang tinggal di
tengah-tengah masyarakat, wajib memahami cara mereka bergaul dan berinteraksi
dengan para suaminya di tengah-tengah keluarga suaminya dan harus juga
mengetahui kebiasaan masyarakat, yaitu bahwa mereka lambat laun akan mengikuti
agama, aqidah, sopan santun dan tradisi suaminya. Jadi, ini semuanya sebagai
mizan (neraca) bagi seorang suami yang dengannya ia bisa mengukur sajauh mana
ketulusan muamalah dirinya kepada isterinya dalam segala aspek kehidupan dan
berbagai macam keadaan. Oleh sebab itu maka apabila ia bersikukuh menuntut
isterinya agar melaksanakan tugas-tugas keseharian, maka hendaklah ia memikul
kewajiban yang sama yang harus ditunaikan untuk isterinya dengan sempurna. Oleh
sebab itu Ibnu Abbas r.a. pernah menyatakan,
”Sesungguhnya aku benar-benar akan berhias untuk isteriku sebagaimana berdandan
untukku.” (Tafsir Ibnu Jarir II:453).




Jadi seorang Muslim yang haq sejati
patut memahami dengan benar hak-hak isterinya yang menjadi tanggung jawab
dirinya sebagaimana yang Allah SWT tegaskan, ”Dan para wanita mempunyai hak
yang seimbang denga kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.”
(Al-Baqarah :
228).




Dan sebagaimana yang disabdakan Nabi
saw., ”Ketahuilah sesungguhnya kalian mempunyai hak yang harus ditunaikan
oleh isteri kalian, dan isteri kalian pun memiliki hak yang wajib kalian
tunaikan.”
(Hasan: Shahih Ibnu Majah
no:1501, Tirmidzi II:315 no:1173, dan Ibnu Majah I:594 no:1851).




Seorang Muslim wa’i (yang sadar) senantiasa berusaha keras
menunaikan hak-hak isterinya tanpa memperhatikan apakah hak dirinya yang harus
ditunaikan oleh isterinya sudah terpenuhi secara sempurna atau belum, karena ia
sangat menginginkan untuk mengembangsuburkan mawaddah warahmah antara mereka
berdua, dia juga berusaha dengan gigih menutup peluang bagi syaitan yang selalu
hendak menyuruh perselisihan antara mereka berdua.




Dan (karena) termasuk nasihat dalam agama, di sini penulis
akan mengemukakan hak-hak isteri yang harus ditunaikan oleh suami kemudian
hak-hak suami yang wajib dilaksanakan oleh isteri agar para suami dapat
mengambil pelajaran sehingga mereka saling menasihati dalam hak dan saling
berwasiat dalam/dengan kesabaran.




(Rasulullah saw. bersabda), “Sesungguhnya para isteri
kalian mempunyai hak yang wajib kalian tunaikan.”








a. Hendaknya suami
bergaul dengan isteri dengan cara yang ma’ruf.




Allah SWT berfirman, ”Dan
bergaullah dengan mereka secara ma’ruf.”
(An-Nisaa’:19)




Yaitu dengan memberi makan
kepada isterinya bila ia makan, memberi pakaian kepada isterinya bila ia
mengenakan pakaian dan mendidiknya dengan apa-apa yang Allah perintahkan untuk
mendidiknya bila ia harus khawatir isterinya melenceng dari tuntunan dan
bimbingan Allah Ta’ala, dengan cara menasihatinya dengan mau’izah hasanah
(peringatan yang baik), tanpa mencela, mencaci dan menjelekkannya. Bila dia
bisa ta’at kembali (maka cukuplah) dan jika tidak maka pisah ranjanglah,
mudah-mudahan dia ta’at kembali. Jika tidak, maka pukullah selain wajahnya
dengan pukulan yang tidak membahayakan. Berdasarkan firman Allah SWT, ”Dan
wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya. Maka, nasihatilah mereka dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, Kemudian jika
mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(An-Nisaa’).




Dan, sabda Nabi saw ketika beliau
ditanya, ”Apa hak seorang isteri yang harus ditunaikan oleh suaminya?” Maka
jawab Beliau, ”Engkau memberi dia makan bila engkau makan, engkau memberi
dia pakaian bila engkau mengenakan pakaian, dan janganlah engkau memukul
wajahnya, mencelanya dan jangan (pula) berpisah ranjang dengannya, kecuali
masih di dalam rumah.”
(Shahih: Shahih
Ibnu Majah no:1500, ’Aunul Ma’bud VI:180 no:2128 dan Ibnu Majah I:593 no:1890).




Salah satu indikator kesempurnaan akhlak dan berkembangnya
iman adalah seorang amat sangat lembut, dan sayang; kepada keluarganya,
sebagaimana yang disebutkan Nabi saw..




Nabi saw. bersabda, “Orang Mukmin yang paling sempurna
imannya ialah yang terbaik akhlaknya di antara mereka dan orang yang terbaik di
antara kalian ialah yang terbaik kepada keluarganya.”
(Hasan Shahih; Shahih
Tirmidzi no:928 dan Tirmidzi II:315 no:1172).




Sikap memuliakan dan
menghoramti isteri merupakan pertanda kepribadian yang sempurna, dan
merendahkan isteri merupakan indikator pribadi yang hina, dan tercela. Di antara
bentuk memuliakan isteri ialah bersikap lemah lembut dan bercanda dengannya
demi meneladani Rasulullah saw.. Beliau bersikap lemah lembut kepada Aisyah ra
dan berlomba dengannya sampai-sampai Aisyah mengatakan, ”Rasulullah saw
mengajakku berlomba (lari), lalu saya mengalahkan beliau. Beberapa waktu
kemudian ketika aku gemuk, lalu Beliau mengajakku (lagi) berlomba (lari), lalu Beliau
mengalahkanku. Kemudian Beliau bersabda, ”(Kemenanganku) ini (kekalahanku) yang
lalu,”
(Shahih: Adabuz Zifas hal.200, dan ’Aunul Ma’bud VII:243 no:2561).




Sungguh Nabi saw. menganggap
hiburan sebagai sesuatu yang bathil kecuali hiburan dengan keluarga. Rasulullah
saw. bersabda, ”Segala sesuatu yang dijadikan bahan hiburan oleh anak cucu
Adam adalah bathil kecuali tiga hal:
(pertama) melepaskan anak dengan keluarga, (kedua) melatih kudanya, dan
(ketiga) bersenda gurau dengan keluarga; karena ketiga hal itu termasuk yang
haq.”
(Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no:4534, Nasa’i dalam asy-Syarah
II: 74, ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabir II: 89 no.1 dan Abu Naim dalam
Ahadits Abil Qasim al-Asham XVIII:17).




b. Di antara hak yang harus ditunaikan oleh
suami, ialah hendaknya ia sabar dan
tabah dalam menyikapi perbuatan isterinya, yang tidak berkenan di hatinya dan
hendaknya ia memaafkan kekeliruan-kekeliruannya. Nabi saw. bersabda, ”Seorang
mungkin tidak boleh membenci isterinya jika ia membenci sebagian perilakunya,
niscaya ia menyenangi sebagian yang lain.”
(Shahih: Muslim II:1091 no:469
dan Adabuz Zifas hal.199).




Rasulullah saw. bersabda, ”Terimalah
wasiatku yaitu agar berbuat baik kepada wanita karena sesungguhnya mereka
diciptakan dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang
paling atas. Kalau engkau memaksa meluruskannya, berarti engkau mematahkannya,
dan jika engkau biarkan maka ia akan tetap bengkok, karena itu berwasiatlah
yang baik kepada kaum wanita.”
(Muttafaqun
’alaih: Fathul Bari IX:253 no:5186 Muslim II:1091 no:060 dan 1468).




Sebagian ulama salaf berkata: “Ketahuilah bahwa tidak
termasuk akhlak yang baik kepada isteri sekedar menghilangkan gangguan yang
menimpa dia, bahkan juga harus siap menanggung hal-hal yang menyakitkan yang
datang darinya serta wajib bersikap lemah lembut dan bijak terhadap sikap
gegabah dan amarahnya demi mengikuti Rasulullah saw di mana para isteri beliau
menyulut emosinya dan pernah pula seorang di antara mereka tidak menyapa beliau
sehari semalam.” (Lihat Mukhtashar Minhajul Qashidin hal. 78-79).




c. Di antara
hak isteri yang harus ditunaikan oleh suaminya ialah sang suami harus
memeliharanya dan menjaganya dari segala sesuatu yang bisa mengkoyak-koyak
kemuliaannya dan yang bisa mencemarkan harga dirinya serta yang dapat
menghancurkan kehormatannya. Dia harus tegas melarang isterinya dari membuka
wajah dan tabarruj (berdandan) untuk memperlihatkan kecantikannya (kepada yang
lain) dan dia harus mencegah isterinya agar tidak sampai melakukan ikhtilath (berbaur) dengan
selain mahramnya dari kalangan laki-laki.
Sebagaimana dia juga harus
melindunginya, dan memeliharanya secara total dan mengayominya secara sempurna.
Dia tidak memberi peluang kepadanya untuk merusak perangai atau agamanya, dan
tidak juga memberi kesempatan kepadanya untuk menyimpang dari tuntunan Allah
dan Rasul-Nya untuk berbuat maksiat, karena dia selama pengayom dan yang
berperan sebagai penanggung jawabnya dia memikul beban harus memelihara dan
menjaganya. Allah SWT berfirman, ”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita.”
(An-Nisaa’:34).




Dan Nabi saw. Bersabda, ”Dan
suami itu menjadi pemimpin di tengah keluarganya dan dia akan dimintai
pertanggungjawaban perihal mereka yang dipimpinnya.”
(Muttafaqun ’alaih: Fathur Bari II:380 no:893 dan Muslim
III:1459 no:1829).




d.
Diantara hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami
ialah sang suami harus mengajarkan masalah-masalah agamanya yang amat mendasar
dan sangat dibutuhkan atau dia mengizinkannya untuk hadir di majlis ilmu;
karena ia selaku isteri amat butuh untuk meningkatkan kualitas pengalaman
agamanya dan untuk membersihkan jiwanya yang tidak kalah pentingnya daripada
kebutuhan akan sandang serta pangan dan papan yang harus dia sediakan untuk
isterinya. Allah SWT berfirman,
Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
(At-Tahrim:6).



Isteri adalah bagian dari keluarga, dan kiat
menyelamatkannya dari jilatan api neraka hanyalah dengan iman yang tulus dan
amal shalih. Amal shalih adalah amal yang dipotong oleh ilmu dan pengetahuan
sehingga isteri mampu melaksanakan segala amal (dengan benar dan ikhlas) sesuai
dengan tuntunan syar’i).




e.
Diantara
hak isteri yang wajib dilaksanakan oleh suaminya ialah dia harus menyuruh sang
isteri melaksanakan agama Allah dan memelihara shalat. Allah SWT berfirman, “Dan
perintahkanlah kepada keluargamu menegakkan shalat dan bersabarlah kamu dalam
mengerjakannya.”
(Thaha:132).




f.
Diantara hak isteri yang harus ditunaikan oleh suami
ialah dia harus mengizinkan isterinya yang hendak keluar dari rumah bila memang
sangat diperlukan, misalnya ia hendak pergi menunaikan shalat jama’ah di
masjid, atau hendak silaturrahmi ke rumah keluarga, kerabat, atau tetangga
dekatnya dengan syarat ia tetap mengenakan jilbab, dan dia harus tegas mencegah
isterinya dari tabarruj (berdandan menor) ketika keluar rumah dan dari
menampakkan wajah atau bagian tubuhnya yang lain yang tidak boleh dilihat,
sebagaimana dia harus tegas mencegahnya dari memakai wangi-wangian perfume dan
semisalnya dan dia wajib memberi peringatan keras kepadanya supaya jangan
sampai ia ikhtilath (berbaur) dengan laki-laki (yang bukan mahramnya) dan jabat
tangan dengan mereka, sebagaimana dia harus memberi peringatan keras kepadanya
agar tidak menonton TV dan supaya tidak mendengar lagu-lagu.




g. Diantara hak
isteri yang mesti dilaksanakan suaminya adalah dia tidak boleh sekali-kali
menyebarkan rahasianya dan tidak perlu menyampaikan aibnya kepada siapapun,
karena suami adalah sebagai orang yang dipercayakan secara penuh terhadapnya
dan dia dituntut supaya membimbing dan melindunginya.
Di antara sekian banyak rahasia yang amat sangat bersifat
pribadi ialah membuka, kartu mengenai ihwal hubungan di atas ranjang.
Oleh sebab itu Nabi saw
memberi peringatan keras agar kita tidak membeberkannya kepada orang siapapun:




Dari Asma’ binti Yazid ra
bahwa ia pernah di sisi Rasulullah saw. sedangkan para sabahat laki-laki dan
perempuan pada duduk-duduk, lalu beliau bersabda, ”Barangkali ada, seorang
laki-laki (diantara kalian), yang menceritakan (kepada orang lain) apa yang
dialaminya dengan isterinya, dan mungkin ada seorang wanita yang membeberkan
(kepada orang lain) apa yang dialaminya dengan suaminya?” Maka para sabahat
diam seribu kata. Kemudian saya (Asma’) menjawab, ”Betul, ya Rasulullah! Kaum
wanita benar-benar telah melakukannya dan kaum laki-lakipun benar-benar telah
melaksanakannya.” Maka sabda Beliau, ”Kalau begitu janganlah kamu sekalian
melakukannya (lagi); karena sesungguhnya perbuatan itu hanyalah seperti syaitan
laki-laki yang bertemu dengan syaitan perempuan di tengah jalan lalu
bersetubuh, sementara orang-orang pada menyaksikannya.”
(Shahih: Adabuz
Zifaf hal.72).




h. Di antara sekian banyak hak isteri yang
wajib ditunaikan oleh suaminya adalah dia harus bermusyawarah dengan isterinya
dalam beberapa urusan terutama persoalan-persoalan yang secara khusus
menyangkut mereka berdua dan anak-anaknya demi mengikuti (contoh) Rasulullah
saw, di mana beliau biasa berembuk dengan segenap isterinya lalu melaksanakan
saran dan masukan yang baik dari mereka sebagai misal pada waktu perang
Hudaibiyah, setelah selesai menulis isi perjanjian, (terjadilah kisah sebagai
berikut, pent.). Kemudian Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya,
”Bangunlah lalu sembelihlah (binatang hadyu) kemudian cuku rambut kalian!”
Sungguh tak seorangpun di antara mereka bangun hingga Beliau mengucapkan
perintah tersebut tiga kali. Tatkala tak seorangpun di antara para sahabat yang
beranjak dari tempat duduknya, maka Rasulullah saw. masuk menemui Ummu Salamah
ra, kemudian Beliau menyampaikan sikap para sabahatnya itu kepada Ummu Salamah
maka ia berkata, ”Ya Nabiyullah (wahai nabi Allah) apakah engkau menyukai sikap
itu? Keluarlah namun janganlah engkau berbicara dengan seorangpun di antara
mereka hingga engkau menyembelih binatang hadyu dan memanggil tukang cukurmu
lalu mencukurmu dan menyembelih binatang hadyu.” Maka kemudian Rasulullah saw.
keluar menemui para sahabat, dan tidak mengajak bicara dengan seorangpun di
antara mereka sebelum Beliau melaksanakan saran itu. Kemudian tatkala para
sabahat melihat beliau mencukur dan memotong hadyu, mereka pada bangun, lalu
menyembelih binatang hadyu dan sebagian di antara mereka menggunting rambut
sebagian yang lain hingga (seolah-olah) hampir saja sebagian di antara mereka
membunuh sebagian yang lain karena: jengkel.” (Shahih: Fathul Bari V:239
no:2731 danm 2732).




Begitulah Allah SWT telah
menjadikan kebaikan yang besar bagi Rasulullah saw. dalam melaksanakan saran
dan masukan dari Ummu Salamah. Realita ini berbeda jauh dengan kebiasaan buruk
yang terus terjadi yang mencegah kita dari mengajak kaum wanita musyawarah dan
mewanti-wanti kita supaya berembuk dengan mereka. Sehingga terbentuk semacam
ungkapan, ”Musyawarah dengan seorang wanita, bila ia memberi manfaat, akan
mengakibatkan kehancuran selama setahun; dan bila tidak memberi manfaat maka
menyebabkan kehancuran sepanjang umur.”




i.
Di antara isteri yang wajib dilaksanakan oleh suami ialah
dia harus segera pulang boleh begadang isterinya seusai shalat isya’ di masjid.
Dia tidak boleh begadang di luar rumah sampai akhir malam, sebab yang demikian
ini dapat menyebabkan sang isteri tidak bisa tidur malam dan membuatnya gelisah. Bila tidak, hal itu akan menimbulkan
rasa was-was dan bimbang apalagi jika sering begadang hingga larut malam di
luar rumah. Bahkan termasuk juga hak isteri yang mesti dilaksanakan oleh
suaminya yaitu dia tidak boleh begadang di waktu malam di dalam rumah, jauh
dari isterinya walaupun dia mengerjakan shalat malam, hingga dia menunaikan hak
isterinya. Oleh sebab itu, Nabi saw menegur Abdullah bin Amr yang begadang dan
menjauhi isterinya dan bersabda kepada, ”Sesungguhnya isterimua mempunyai
hak yang mesti kamu tunaikan!”
(Muttafaqun
’alaih: Fathul Bari IV: 217-218 no:1875, Muslim II:813 no:182/1159 dan Nasa’i
IV:211).




j.
Di
antara
sekian banyak hak isteri yang harus dilaksanakan oleh sang suami
adalah dia berbuat harus adil dan proporsional terhadap isteri pertama dan
kedua, bila dia berpoligami.
Dia harus bersikap adil dan proporsional kepada mereka
berdua dalam pembagian makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan giliran. Tidak
boleh dia bersikap pilih kasih, atau curang dan bertindak lalim dalam
masalah-masalah ini, karena Allah swt telah mengharamkan
tindakan sewenang-wenang ini.



Nabi saw bersabda, ”Barangsiapa
memiliki dua isteri, lalu dia mengutamakan salah satu dari keduanya. Tanpa
memperhatikan yang lain, niscaya dia akan datang pada hari kiamat (kelak)
sedangkan separoh anggota tubuhnya miring.”
(Shahih: Irwa-ul Ghalil
no:2017, Shahih Ibnu Majah no:1603, ”Aunul Ma’bud VI:171 no:2119, Tirmidzi
II:304 no:1150, Nasa’i VII:63, dan Ibnu Majah I:633 no:1969, dengan redaksi
yang mirip).




Saudara-saudara sesama Muslim, ini
adalah hak-hak isteri kita yang harus
anda tunaikan, maka anda wajib berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
merealisasikan hak-hak ini bagi mereka dan tidak boleh meremehkannya, karena
kalau anda berhasil menunaikan hak-hak itu dengan serius maka hal itu termasuk
faktor-faktor yang membuat kita merasa bahagia hidup di tengah-tengah rumah
tangga, dan terkategori sebab yang menjadikan bahtera rumah tangga bergerak
secara berkesinambungan, selamat dan terbebas dari aneka ragam problem yang
membuat anda hidup gelisah, dan merasa hilang ketenangan kedamaian, mawaddah
dan rahmah.




Dan penulis mengingatkan kepada para
isteri akan pentingnya sikap menundukkan pandangan dari melihat (setiap)
kekurangan para suami mereka (dalam menunaikan) hak-hak mereka, dan hendaknya
mereka menghadapi setiap kekurangan para suami tersebut dengan tetap
bersungguh-sungguh dalam berkhidmah (berbakti) kepada mereka sehingga dengan
demikian diharapkan hanay zaujiyah (kehidupan rumah tangga) yang bahagia dan
sejahtera akan terus berkesinambungan.
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Gangster Tue Mar 01, 2011 9:14 pm

perggghhhh... sumer panjang2 ni...
Gangster
Gangster

Posts : 1652
Points : 1675
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : KELANTAN

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Wed Mar 02, 2011 12:33 pm

Gangster wrote:perggghhhh... sumer panjang2 ni...




NGAPA ..........TAK SUKA KE PANJANG..............EHHEHE
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Gangster Thu Mar 03, 2011 5:30 am

SUKE...SUKE...
Gangster
Gangster

Posts : 1652
Points : 1675
Join date : 19/04/2010
Age : 45
Location : KELANTAN

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Mr Mama Thu Mar 03, 2011 9:23 am

eemmmm.....begitu le tuntutan isteri antara hak nya.............gitu ke....???
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 63
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

Bolehkah Isteri Menuntut Haknya Empty Re: Bolehkah Isteri Menuntut Haknya

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum