Chery Eastar Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
INFORMASI

NO AKAUN CEC
CEC SERVICES

MAYBANK : 562740132182

JAWATANKUASA CEC"KLIK"


CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
PENGUMUMAN"KLIK"

PENDAFTARAN AHLI BARU"KLIK"

SALAM PERKENALAN AHLI BARU"KLIK"

***UTK PERHATIAN CEC TELAH MENGASINGKAN AHLI & BUKAN AHLI DLM FORUM INI.***



CEC HELPLINE
"click"

MOH DOREH WARIGH
CEC Merchandise
CEC EVENT FOR 2013

DECEMBER
12 - 14 DEC 14 => CEOAG14 KELANA RESORT, SEREMBAN

**DETAIL BAGI PENGARAH PROJEK SETIAP AKTIVITI**."KLIK"

Latest topics
» chery easter club BORNEO
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyFri Sep 25, 2015 7:55 am by hiysam

» 2,4 chery
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyThu May 21, 2015 7:43 am by n@faiz

» Lokasi Kedai Accessories Kereta Yang OK Area Utara
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptySun Mar 29, 2015 8:55 pm by mhdhafiz_aljarumi

» masalah2 minor n major CE
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyTue Feb 24, 2015 10:51 pm by zolishak

» salam dari saya
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyTue Feb 24, 2015 8:30 am by syamfazli

» Power Window problem...
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyMon Feb 16, 2015 4:06 pm by mat2

» Salam Kepada Bakal Pelayar Forum CEC & Bakal Ahli Ahli Baru CEC
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyMon Feb 16, 2015 8:08 am by syamfazli

» Salam CEC Pantai Timur
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyMon Jan 05, 2015 11:52 am by mizan

» SALAM PERKENALAN DARI NILAI
JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham EmptyThu Dec 04, 2014 1:57 am by zam cecnilai

SOROTAN 2012

CEOAG 2012

MAJLIS2 JEMPUTAN CEO
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 70 on Tue Oct 05, 2010 3:47 am
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

CEAOG 2014

12 - 14 DIS 2014 KLANA RESORT, SEREMBAN, N9

Sponsorship :




Dengan Kerjasama :

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Pdrm1




May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar


JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

+21
Rozdiman
ediey_4648
Bro_Sue
rosparokik
azrol_plz
pok din
vLimO
kayuaran
merlin
reza
KCN2552
castello 8989
razail2u
Mr Mama
lanz 83
tawon
Radenumar
hitrun1534
Abeaziz2
Abg Am
Enigma4646
25 posters

Page 1 of 6 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Sat Jan 23, 2010 6:17 pm

Pemasangan cermin gelap

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.


Pengecualian khas pemasangan cermin gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-

1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
2. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.

Kelulusan

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.
Tempoh

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.
Pembaharuan

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut :

1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
3. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini. Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.
4. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Sat Jan 23, 2010 6:27 pm

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang



Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).

Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :

1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points);
3. Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai penambat binaan dalam (rear anchorage points), tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun ini bermula dari 1 Januari 2009 hingga 3i Disember 2011.

Bagi membantu pemilik kenderaan, pihak JKJR dan pengeluar kenderaan iaitu Proton, Perodua dan Honda telah menandatangani MoU di mana pengeluar kenderaan-kenderaan tersebut telah bersetuju memasang tali pinggang keledar belakang secara percuma (bagi kenderaan yang dikeluarkan mulai 1hb Januari 1995). Adalah dianggarkan sebayak 227,000 buah kenderaan Proton, 435,000 buah kenderaan Perodua dan 35,000 buah kendraan Honda akan dipasang secara retrofit oleh pengeluar masing-masing. Pemilik kenderaan adalah dinasihatkan supaya mengambil tindakan awal untuk melengkapkan kenderaan masing-masing dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang demi melindungi keselamatan diri dan penumpang.

Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya. Mengikut kajian oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Dari jumlah ini sebanyak 40% – 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya pemandu atau penumpang memakai tali pinggang keledar.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam (6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah.

Adakah semua kenderaan diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang ?
Mulai 1 Januari 2009 semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 wajib memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Apakah kenderaan yang dikecualikan daripada dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:-

1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
2. Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points);
3. Kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

Adakah dikenakan tindakan saman jika kenderaan yang didaftar selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Tidak. Kenderaan tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Berapakah jumlah tali pinggang keledar yang sepatutnya dipasang pada sesebuah kenderaan?
Setiap tempat duduk di dalam sesebuah kenderaan yang kapasitinya tidak melebihi 8 tempat duduk tidak termasuk pemandu hendaklah dipasang tali pinggang keledar.
Adakah kenderaan barangan dikecualikan dari memasang tali pinggang keledar?
Kenderaan barangan yang mempunyai berat muatan maksimum melebihi 3500 Kg adalah dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar belakang.
Adakah kenderaan jenis van, MPV, SUV dan MUV perlu dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Ya. Sekiranya kenderaan tersebut didaftar pada atau selepas 1 Januari 1995 dan jumlah tempat duduknya kurang dari 8 orang termasuk tempat duduk pemandu.
Bolehkah tempat duduk belakang sesebuah kenderaan dipasang dengan tali pinggang keledar jenis ikatan pinggang sahaja?
Boleh. Sekiranya binaan kenderaan tersebut tidak membolehkan ia dipasang dengan tiga penambat bina dalam.
Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak mempunyai tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Apakah yang patut dilakukan?
Kenderaan-kenderaan tersebut dipasang tali pinggang keledar di agen-agen kenderaan berkenaan. Disamping itu, Kementerian Pengangkutan telah mendapat kerjasama pembuat kenderaan Proton, Perodua dan Honda untuk membekal dan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma.
Kenderaan yang tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang selepas tempoh 31 Disember 2011 pemasangan berakhir, adakah pemiliknya akan dikenakan tindakan saman?
Pemilik kenderaan berkenaan akan dikenakan tindakan saman.
Siapakah yang akan dikenakan tindakan saman sekiranya terdapat penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar?
Tindakan saman akan dikenakan kepada penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar.
Berapakah umur penumpang yang akan diambil tindakan saman sekiranya tidak memakai tali pinggang keledar belakang?
Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
Siapakah yang dikecualikan daripada memakai tali pinggang keledar?
Pengecualian daripada memakai tali pinggang keledar diberikan kepada:

1. Orang yang diperakui oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar - tidak boleh memakai tali pinggang keledar atas sebab kesihatan; dan
2. Mana-mana orang yang dikecualikan oleh Menteri dari masa ke semasa.

Adakah perempuan mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar?
Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.
Siapakah yang akan dikenakan tindakan sekiranya penumpang melebihi daripada jumlah tali pinggang keledar belakang yang dipasang dalam sesebuah kenderaan dan kesemuanya tidak memakai tali pinggang keledar?
Jumlah penumpang yang dikenakan tindakan adalah mengikut bilangan tali pinggang keledar yang dipasang dalam kenderaan tersebut. Manakala saman akan dikeluarkan kepada penumpang yang berada di tempat duduk yang dipasang tali pinggang keledar sahaja.
Bolehkah satu tali pinggang keledar dipakai oleh lebih daripada seorang penumpang?
Tidak boleh kerana setiap tali pinggang keledar hanya untuk seorang sahaja.
Saya bekerja sebagai seorang pemandu. Sekiranya majikan saya yang duduk di tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar, siapakah yang akan di saman?
Majikan tuan yang akan disaman.
Sebagai pemandu adakah saya akan disaman sekiranya penumpang di tempat duduk belakang yang berumur di bawah 17 tahun tidak memakai tali pinggang keledar?
Tidak. Saman hanya dikeluarkan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.
Jika kenderaan masih tidak mempunyai tali pinggang keledar, siapakah yang bertanggungjawab untuk memasang?
Tanggungjawab untuk memasang tali pinggang keledar pada kenderaan adalah terletak atas tuan punya kenderaan.
Adakah kenderaan dari luar negara tertakluk di bawah peraturan ini?
Ya. Kenderaan dari negara luar adalah tertakluk kepada peraturan ini.
Adakah bayi wajib memakai tali pinggang keledar?
Tidak. Bayi tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sekiranya diriba.
Kenderaan saya didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 tetapi mempunyai tali pinggang keledar belakang, adakah penumpang saya wajib memakainya?
Tidak wajib. Walau bagaimanapun penumpang digalakkan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.
Apakah jenis tali pinggang keledar yang diluluskan untuk dipasang di bawah peraturan ini?
Jenis tali pinggang keledar yang diluluskan untuk dipasang adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 kepada Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 dan (Pindaan) 2008.
Dimanakah saya boleh membayar kompaun kerana disaman tidak memakai tali pinggang keledar?
Kompaun boleh dibayar di mana-mana pejabat JPJ atau Balai Polis (bergantung kepada pihak yang mengeluarkan saman tersebut).
Saya mempunyai kereta Honda yang didaftarkan pada 5 Februari 1995. Bagaimanakah saya boleh mendapat perkhidmatan pemasangan dari Syarikat Honda?
Tuan dikehendaki menghubungi agen-agen Honda untuk mendapatkan tarikh temujanji bagi pemasangan tali pinggang keledar.
Kenderaan saya dibuat pada tahun 1994 tetapi didaftarkan pada tahun 1995, adakah saya wajib memasang tali pinggang keledar belakang?
Ya. Peraturan adalah berkuatkuasa kepada kenderaan yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995.
Saya telah disaman pada tahun 2008 kerana tidak memakai tali pinggang keledar hadapan tetapi saya ingin membayar saman tersebut pada tahun 2009. Berapakah jumlah kompaun yang kena dibayar?
Jumlah kompaun yang kena dibayar ialah RM 300.00.
Nenek saya tidak mahu memakai tali pinggang keledar atas sebab-sebab tertentu. Bolehkah beliau dikecualikan daripada memakai tali pinggang keledar?
Tidak boleh.
Adakah kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar termasuk dalam Jadual Kesalahan Mata Demerit (KEJARA)?
Tidak.
Adakah orang kurang upaya (OKU) wajib memakai tali pinggang keledar?
Ya.
Adakah pemakaian tali pinggang keledar belakang boleh mengelakkan kemalangan jalan raya?
Pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya tetapi dapat mengurangkan risiko kematian dan kecederaan parah semasa berlaku kemalangan.
Adakah peraturan pemakaian tali pinggang keledar di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 setaraf dengan peraturan negara-negara maju?
Ya. Peraturan ini telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti U.S.A, Denmark, Britain dll.
Kenapa penumpang tempat duduk belakang perlu memakai tali pinggang keledar?
Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang risiko dan bahaya. Berdasarkan kajian MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada kelajuan 50 km sejam penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.
Berapakah kes kemalangan atau kematian yang melibatkan penumpang tempat duduk belakang?
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Daripada jumlah ini, 40% - 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya penumpang memakai tali pinggang keledar.
Adakah teksi/kereta sewa dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang termasuk teksi dan kereta sewa.
Kenderaan saya telah didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points), adakah saya akan disaman disebabkan penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar?
Tidak. Tuan tidak dikenakan saman kerana kenderaan tuan tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points) walaupun telah didaftarkan selepas 1 Januari 1995.
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Abg Am Sun Jan 24, 2010 12:00 am

salam enigma,wah lu bagus lah iya macam ni lah study buku APJ87.baru boleh faham.
cermin gelap,saya nasihatkan ikut sahaja peraturan yg telah ditetapkan.cermin hadapan ketelusan cahaya yang boleh ditembusi ialah sebanyak 70peratus begitu juga dengan cermin belakang kadar ketelusan cahaya sama mcm cermin hadapan.cermin sisi penumpang termasuk cermin sisi di belakang kadar yang dibenarkan ialah sebanyak 50peratus ketelusan cahayanya.penguatkuasaan terhadap cermin gelap masih berjalan namun saman tiket utk pembayaran kompaun masih digantung.ini bukan bermakna pihak penguatkuasa jpj tidak mengambil tindakan.jpj akan mengarahkan kenderaan yang memasang filem gelap agar datang ke jpj negeri serta cawangan untuk pemilik menaggalkan cermin gelap yg tidak mematuhi standard ukuran ketelusan cahaya.manakala cermin gelas yg sememangnya gelap jpj memberi beberapa tempoh tertentu kepada pemilik untuk menukar kepada cermin jernih.jpj hanya menguatkuasakan akta segala dasar perlu diingat ia dibuat oleh kabinet.
sesiapa pun ingin memakai cermin gelap termasuk saya namun kakitangan jpj sendiri telah diambil tindakan senaraihitam kerana memakai cermin gelap.
jikalau anda sebagai orang awam tidak berpuas hati terhadap kadar ketelusan cermin gelap ini anda boleh membuat pandangan dan cadangan terhadap kerajaan dengan menggunakan saluran yang betul.jadilah pengguna yg bijak.kedai aksesori cermin gelap hanya memanipulasikan perkara ini utk keuntungan mereka.apa yg saya lihat ada juga pemilik ce yg menggelapkan cermin sisi di belakang dengan filem yg gelap hitam gelap.ia akan menyusahkan diri sendiri jikalau jpj mengarahkan agar pemilik menanggalkan filem yang telah dilekatkan.
permohonana cermin gelap bukan senang untuk diluluskan ia hanya diluluskan kepada golongan vvip atau yg benar2 mempunyai masalah kulit yg serius.segala keraguan dan perdebatan mengenai cermin gelap seharusnya dimusykilkan terhadap menteri dan kerajaan.jpj hanya menguatkusakan peraturan.

tali pinggang,bermula dari sambutan perayaan CNY jpj akan giat melaksanakan operasi tali pinggang.tak rugi memakai ia untuk keselamatan diri sendiri.

Abg Am

Posts : 16
Points : 16
Join date : 29/10/2009

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Abg Am Sun Jan 24, 2010 12:04 am

tambahan,
segala pengetahun berkenaan dengan kaedah dan akta jpj boleh dirujuk melalui buku kaedah dan pembinaan yang ada di MPH edisi bahasa melayu dan inggeris.di samping itu anda juga boleh melawati web jpj malaysia.undang undang yang dibuat adalah untuk kita mematuhinya.
saya ada info mengenai garis panduan petrol untuk rakyat.apabila sudah diputuskan nanti Insyallah saya akan muatkan di dalam forum minyak.

Abg Am

Posts : 16
Points : 16
Join date : 29/10/2009

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Abeaziz2 Sun Jan 24, 2010 12:10 am

Oleh itu.. Abeaziz nak bagitau ckit kpd gang CEC... Ikut peraturan la... tak ikut kita juga yang susah....kita bukan orang kaya-kaya.... kena saman garu kepala la...betul tak?
Abeaziz2
Abeaziz2

Posts : 178
Points : 178
Join date : 07/09/2009
Age : 66
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Sun Jan 24, 2010 2:25 am

ye ...sekadar menyampai .......yang salah buat apa nak ikut .......
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by hitrun1534 Mon Jan 25, 2010 2:23 am

Abeaziz2 wrote:Oleh itu.. Abeaziz nak bagitau ckit kpd gang CEC... Ikut peraturan la... tak ikut kita juga yang susah....kita bukan orang kaya-kaya.... kena saman garu kepala la...betul tak?

Daripada kena saman baik pasang body .... Kalau CEC pasang body cantik ramai yang tenguk . Tapi kalau isteri pasang body ramai bangla yang tenguk . ekekeke Very Happy Very Happy
hitrun1534
hitrun1534

Posts : 616
Points : 642
Join date : 13/10/2009
Age : 61
Location : Singapore

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Radenumar Mon Jan 25, 2010 10:41 am

Hahhahaha...betul2...pakai body kat umah jea la....
Radenumar
Radenumar

Posts : 9966
Points : 10597
Join date : 30/07/2009
Age : 46
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by tawon Mon Jan 25, 2010 11:43 am

Kulo bukan nak menentang pasal undang-undang ni, sebab kulo pun orang gomen dan menguatkuasakan undang-undang jalan, tapi yang kita ralat sangat kat Malaysia ni ialah undang-undang bukan main banyak dan cukup lengkap rasanya. Tapi itulah Malaysia penguatkuasaan macam t**k ayam, hangatnya sekejap. Tak berterusan... pem*l*s serta banyak birokrasi dalam melaksanakan undang-undang. Bila diketuk baru bergerak. Masa diorang bergerak tu, yang kena pada masa tulah yang rugi. Lepas tu senyap balik. Orang awam bila dengar dah senyap, depa pun buat balik. Yang dah kena pada masa operasi dulu benganglah....
tawon
tawon

Posts : 805
Points : 821
Join date : 18/12/2009
Age : 52
Location : Klang & Shah Alam, Selangor

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by lanz 83 Mon Jan 25, 2010 11:45 am

tawon wrote:Kulo bukan nak menentang pasal undang-undang ni, sebab kulo pun orang gomen dan menguatkuasakan undang-undang jalan, tapi yang kita ralat sangat kat Malaysia ni ialah undang-undang bukan main banyak dan cukup lengkap rasanya. Tapi itulah Malaysia penguatkuasaan macam t**k ayam, hangatnya sekejap. Tak berterusan... pem*l*s serta banyak birokrasi dalam melaksanakan undang-undang. Bila diketuk baru bergerak. Masa diorang bergerak tu, yang kena pada masa tulah yang rugi. Lepas tu senyap balik. Orang awam bila dengar dah senyap, depa pun buat balik. Yang dah kena pada masa operasi dulu benganglah....

Setuju sangat dengan bro tawon hehehe cermin aku tinted tak nampak dalam.

lanz 83

Posts : 1560
Points : 1719
Join date : 31/07/2009
Age : 50
Location : Bercuti ke Pulau Mutiara.

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by tawon Mon Jan 25, 2010 11:47 am

kulo nye pulak 3 belakang gelap... waaaaaa
tawon
tawon

Posts : 805
Points : 821
Join date : 18/12/2009
Age : 52
Location : Klang & Shah Alam, Selangor

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Radenumar Mon Jan 25, 2010 11:49 am

So, berhati2 dijalan raya...kalau ada road block tu pandai2 la kautim....hehehehhe...
Radenumar
Radenumar

Posts : 9966
Points : 10597
Join date : 30/07/2009
Age : 46
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Mon Jan 25, 2010 11:52 am

apa pun klu bole biar lah kita melaksanakan nya mengikut undang2 ye...
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Radenumar Mon Jan 25, 2010 11:57 am

Undeng2....hahahahha....
Radenumar
Radenumar

Posts : 9966
Points : 10597
Join date : 30/07/2009
Age : 46
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Mon Jan 25, 2010 8:09 pm

Enigma ku sudah .....COMPLY .......pas ni leh jelajah ......
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Mon Jan 25, 2010 8:15 pm

apa pun janji apa yg kita laksanakan tak melanyalahi undang........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Mon Jan 25, 2010 8:30 pm

kadangkala undang undang ....kena di update ....sebab cuaco kito ni paneh .......kan kena kanser kulit pulak
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Mon Jan 25, 2010 8:32 pm

klu ado dokto.... minta surat le ..........alahan sinar matahari.........bole tint 100%.........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by razail2u Mon Jan 25, 2010 9:10 pm

So far alhamdulillah ..... aku pernah kena tahan Polis Trafik tapi bukan sebab cermin gelap tapi sebab guna HP masa memandu ... Tapi betul2 mintak tolong polis tu bg peluang lagi sekali... rezeki anak kut masa tuh... polis tu bg amaran je.....
razail2u
razail2u

Posts : 173
Points : 174
Join date : 16/10/2009
Age : 47

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Mon Jan 25, 2010 9:13 pm

HA AH HAAAHAHA AHA ........ TAU KESALAHAN BUAT JUGA............
GUNA HAND FREE LE.................. Very Happy BARU BERES..........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Tue Jan 26, 2010 12:13 pm

lain kali beli la handsfree ke ...gigi biru ke..........cermin biar gelap ...hati jangan wooooooo
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Radenumar Tue Jan 26, 2010 1:16 pm

Betul tuh...jangan takut kepada kesalahan undang2 manusia jea, yang penting Undang2 Yang Maha Esa perlu ditaati dan diikuti, baru selamat dunia dan akhirat....
Radenumar
Radenumar

Posts : 9966
Points : 10597
Join date : 30/07/2009
Age : 46
Location : Taman Puncak Jalil

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Tue Jan 26, 2010 7:44 pm

KITA MESTI LAH FAHAM APA YG PATUT N APA YG TAK PATUT........

YANG WAJIB MESTI DI BUAT.......... INI PERLU KITA TAKUTI........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Enigma4646 Tue Jan 26, 2010 10:30 pm

dalam kelab kita ni ....kena cari lawyer la....
Enigma4646
Enigma4646
Vice President 1

Posts : 3814
Points : 3901
Join date : 10/09/2009
Age : 41
Location : Bujang dari 7-16 Feb 2011

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Mr Mama Tue Jan 26, 2010 11:58 pm

MMG BETUL TU ENIGMA..........
Mr Mama
Mr Mama
President
President

Posts : 17743
Points : 18401
Join date : 30/07/2009
Age : 62
Location : CEC 001 StoneCold Hill - 0192625856

Back to top Go down

JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham Empty Re: JPJ & CEC - Apa Yang Perlu Kita Faham

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 6 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum